Sunday, January 31, 2010

kecantikan kita, milik-Nya~

assalamualaikum and greetings to all..
saya baru je lepas menikmati mee segera buatan sendiri secara berjemaah..(^_^)..
time ngah sedap menghirup kuah mee segera buatan sendiri tu, tetibe lak telinga ni menangkap citer yang kurang senang untuk didengari oleh halwa telinga aku..
actually,
citer tu tentang sorang hamba Allah yang rase die cantik ngalahkan Miss Universe..heh..
saye berbicara di sini bukan kerana nak mengutuk, jauh sekali nak menyakitkan hati sesape..
bicara ini hanyalah untuk menyedarkan bahawa setiap inci kecantikan yang dimiliki oleh kita adalah anugerah daripada Allah s.w.t..
malah,
Allah s.w.t leh tarik nikmat tu dalam sekelip mata je..so, saye rase tak perlulah kita nak riak dan takbur dengan kenikmatan yang diberikan..kita ni hanya meminjam sedikit kecantikan tu daripada Allah s.w.t..bukan hak milik kekal kita pun..
sedarlah wahai wanita sekalian bahawa kecantikan takkan kekal selamanya untuk dibawa ke akhirat..
tapi,
keimanan yang kita akan bawa ke hari akhirat..
wassalam..

kelebihan surah al-kahfi~

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

hikayat roti jala~


assalamualaikum and greetings to all..
ntah nape aku rase cam nak citer tentang al-kisah roti jala dalam hidup aku..
since aku kecik sampai besa panjang dah pun sekarang ni, aku memang hantu roti jala..mase kecik-kecik dulu memang muke aku jela pun yang selalu kene marah ngan mak aku sebab curik-curik makan roti jala yang belum hidang kat atas meja..(^_^')
nak wat camne kan..bukak je tudung saji, nampak roti jala yang kuningnye ngalahkan warna pulut kuning..fuuuhhhh...
so,
aku pikir tak pela kot kalo aku amek dua or tiga roti jala tu..tapi, mase aku ngah sedap menyumbat roti jala kat dalam mulut, tetibe je aku rase cam de satu aura yang leh wat aku tak tido malam kat sebelah aku..
then,
elok je aku toleh tepi..mak aku dah pun cekak pinggang sambil pegang senduk kayu favourite die + muke tak puas ati + kening double jerk..
jadik,
sebagai langkah keselamatan, aku pun memulakan larian marathon keliling rumah ngan mak aku..*lol..
lastly,
aku kalah gak dalam marathon tu disebabkan mak aku wat pakatan yang tak sah ngan adik-adik aku..
then, sebagai denda..aku telah dipaksa mengikuti kursus membuat roti jala yang di'organize'kan oleh chef terulung yang amat menyayangi senduk kayu die iaitu..mak aku..(T_T)
mule-mule tu memang hancur gak la rupe roti jala aku..bak kate mak aku bile nengok roti jala aku tu dedolu, "hish, ape burok meno rope roti jale kamu ni along??..udah rope jale ikan je..tak semenggah betoi..bab melantak bukan main kamu ye..bab masak, haram..ape pun tak tahu"..(^_^')
but,
after praktis ntah berape kali..akhirnye aku dapat gak la wat roti jala tu..*(elok le sikit dari yang mule-mule)..
dan sekarang ni kalo de sesape nak makan roti jala kat dalam rumah tu,
maka,
akan terdengarlah satu jeritan yang berbunyi,..
"along...pegi buat roti jala.."
dan selalunye,
dengan langkah yang cam orang baru pas lari marathon keliling Malaysia + senyum yang dibuat-buat tapi ikhlas, aku pun menuju ke dapur yang serba indah tu..
but,
bile look back..de gak faedah aku belajar wat roti jala tu..at least, tak payah curik-curik makan roti jala + marathon keliling rumah..(^_^)
adat la kalo time mule-mule nak belajar tu roti jala dah macam jala ikan..i'm living too..
wassalam..

Saturday, January 30, 2010

jom amalkan solat dhuha~

Dari Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda;
‘Barangsiapa yang tetap duduk di tempat solatnya sesudah solat Suboh sedangkan dia tidak berkata apa2 kecuali kebaikan, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosa2nya diampunkan walaupun lebih banyak dari buih dilautan.’
(Hr Abu Daud, bab solat Dhuha, hn 1287)

Dari Hasan bin Ali ra berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; ‘Barangsiapa telah selesai mengerjakan solat Suboh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya.’
(Hr Baihaqi dlm Syu’bul Iman, iii/420)

Dari Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda;
‘Barangsiapa selesai mengerjakan solat Suboh berjemaah, lalu dia duduk sambil berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat (solat Dhuha), maka dia memperolehi pahala seperti haji & umrah.’

Anas ra melanjutkan bahawa Rasulullah saw bersabda;
‘(Haji & umrah) Yang sempurna, Yang sempurna, Yang sempurna.’
(Hr Tirmizi, katanya hadis ini hasan gharib, hn 586)

Dari Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda;
‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’
(Hr riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)

Dari Abu Hurairah ra berkata, ‘Rasulullah saw mengirim satu jemaah & dalam tempoh yang singkat mereka kembali dengan membawa ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak. Seorang lelaki berkata; ‘Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat satu jemaah pun yang kembali begitu cepat sambil membawa ghanimah yang begitu banyak selain dari jemaah ini.’ Rasulullah saw bersabda;
‘Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seorang yang memperolehi ghanimah dengan waktu yang lebih singkat? Iaitu seorang yang berwuduk dengan sempurna di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Suboh, kemudian (setelah terbit matahari) dia mengerjakan solat Dhuha. Sesungguhnya dialah orang yang lebih banyak memperolehi ghanimah dalam waktu yang lebih singkat.’
(Hr riwayat Abu Ya’la & perawinya adalah sohih, Majmul Zawaid, ii/491)

Wallahu'alam

doa berlindung daripada fitnah~

عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِىٍّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم

أَجْبَرَتْهُ أَنَّ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم

كانَ يَدْعُو فِى الصَّلاةِ

اللهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

وَأَعُو ذُبِكَ مِنْ فِتْنَهِ الْمَسِيْحِ الْدَّجَّالِ

وَأَعُو ذُوبِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

اللهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنَ الْمَأْ ثَمِ وَالْمَغْرَمِ

قَالَتْ فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيْذُ

مِنَ المَغْرَن يَرسُولُ الله فَقَالَ

إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فأَجْلفَ

Dari Aishah r.a., katanya :
"Rasulullah s.a.w. berdoa dalam sembahyang ;
"Oh Tuhan, aku berlindung kepada Mu dari azab kubur
dan aku berlindung dari huru-hara dajjal.
dan aku berlindung dari fitnah hidup dan kematian,
Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari dosa dan hutang,
Kata Aisyah : Berkata seseorang kepada beliau :
"Alangkah banyak tuan meminta perlindungan dari hutang,
ha Rasulullah s.a.w. : Jawab belia "Sesungguhnya apabila
seorang berhutang , kerap kali ia berkata dusta dan mungkir janji.
Hadis sahih riwayat Muslim

dazs~


assalamualaikum and greetings to all..
aku baru je siapkan half of my poem yang ala-ala karangan budak form 3 kot..(^_^')..
terasa bahang hari ni cam kene jemur kat kawasan perhimpunan bile tak siap keje sekolah je..
but,
tadi dapat la minum air masak bagi membasahkan tekak yang dah terasa cam kene jemur kat padang pasir..
anyway,
sekarang ni rase cam teringin ala-ala mengidam nak makan Dazs..ngalahkan orang yang mengandung lak rasenye..heh..
tapi,
memang sekarang ni aku ngah ngandung pun..ngandungkan segala suku sakat, anak beranak family cacing kerawit kat dalam perut ni..*lol..
de sesape yang leh tolong delivery Dazs kat aku tak??
anyone??

bismillahirrahmanirrahim~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah,
hidupkanlah kami dengan iman,
dan matikanlah kami dengan iman,
Gerakkanlah kami di padang Mahsyar dengan iman,
Masukkanlah kami ke syurga-Mu dengan iman,
Ya Allah,
tetapkanlah kami beserta iman,
dan keluarkanlah kami dari dunia bersama iman,
Tundukkan penggoda kepada kami (dari golongan jin) kepada iman,
Ya Allah,
hindarkan kami dari bala dunia dan azab akhirat,
Semoga Kau mengampuni dosa kami dan dosa mereka
Dengan rahmat-Mu ya Allah, Tuhan kami yang Maha Pengasih.
Amin.

orang bujang~

assalamualaikum and greetings to all..
kalau sekarang ni aku kat umah, gerenti dah terlentang kekenyangan sambil mengadap tv ntah berapa inci tu..
tapi sekarang ni aku ngah dok termenung mengadap Presario V3000 ni + kebulur + teringin nak makan yong tau fu..(T_T)..
kan best kalau tetibe je de sesape ketuk pintu ni sambil bawak yong tau fu..tp de ke yong tau fu delivery??..(^_^')..

Dicinta & Mencintai~

assalamualaikum and greetings to all..
setiap insan kat muka bumi ni pasti mempunyai keinginan untuk dicinta dan mencintai..namun cuma waktu, tempat dan siapa yang tidak dapat kita ketahui..kata orang, dicinta oleh seseorang adalah lebih baik drpd mencintai seseorang..tp, betul ke tak..aku sndiri pun tak tahu..
kata orang,
cinta ni manis..cam gula-gula..
kata orang,
cinta ni pahit..cam tertelan ubat dua gelen sekaligus..
so,
terpulang pd tuan punya badan yg ngah bercinta kt luar sana utk tafsir sendiri apa makna cinta itu sebenarnya..

penangan korea~


assalamualaikum and greetings to all..
actually, aku tak minat sangat dengan citer-citer korea, jepun, dan yang sewaktu dengannya ni..tp maybe sbb pengaruh roommate aku yang kipas-susah-mati dengan artis-artis korea ni yg menyebabkan aku pun trjerumus ke dalam dunia korea (^_^')..
by the way,
aku baru khatam marathon citer korea titled You're beautiful..ngeh2..
marathon tu marathon gak tapi tiang agama still kne dirikan ek..(jgn tiru la movie marathon aku ni..rase cam nk tersembul anak mata ni pas movie marathon yang diilhamkan oleh aku disebabkan keboringan yang melampau)..(@_@)..
tp,
walaupun aku tak berapa minat sangat dengan citer korea..still i have to admit yang citer korea ni memang leh wat orang gelak guling-guling dan nangis cam ngah kupas bawang untuk masak kenduri kahwin..kirenye cukup la asam garam, gula cuka dalam citer korea ni..
kepada sesape yang tak minat ngan citer korea..try la tengok dan hayati citer tu dulu..
tak rugi pun..
jangan menonong je wat conclusion yang citer korea ni jiwang karat tahap tak ingat..
wassalam..




albab~

"apabila satu pintu kegembiraan ditutup, satu lagi pintu akan terbuka...namun, selalunya kita merenung terlalu lama pada pintu yang tertutup sehinggakan kita tidak nampak satu lagi pintu yang sedia terbuka untuk kita"...