Tuesday, February 9, 2010

kawan atau lawan~

assalamualaikum and greetings to all...
sekadar nukilan untuk dikongsi bersama...

"bukan susah bagi mencari teman untuk bergelak ketawa...
tapi,
bukan senang bagi mencari teman untuk berduka lara...
sedarilah bahawa....
kita belum cukup kuat untuk bersatu...
semoga Allah s.w.t kuatkan iman di dalam diri masing-masing"...

Sunday, January 31, 2010

kecantikan kita, milik-Nya~

assalamualaikum and greetings to all..
saya baru je lepas menikmati mee segera buatan sendiri secara berjemaah..(^_^)..
time ngah sedap menghirup kuah mee segera buatan sendiri tu, tetibe lak telinga ni menangkap citer yang kurang senang untuk didengari oleh halwa telinga aku..
actually,
citer tu tentang sorang hamba Allah yang rase die cantik ngalahkan Miss Universe..heh..
saye berbicara di sini bukan kerana nak mengutuk, jauh sekali nak menyakitkan hati sesape..
bicara ini hanyalah untuk menyedarkan bahawa setiap inci kecantikan yang dimiliki oleh kita adalah anugerah daripada Allah s.w.t..
malah,
Allah s.w.t leh tarik nikmat tu dalam sekelip mata je..so, saye rase tak perlulah kita nak riak dan takbur dengan kenikmatan yang diberikan..kita ni hanya meminjam sedikit kecantikan tu daripada Allah s.w.t..bukan hak milik kekal kita pun..
sedarlah wahai wanita sekalian bahawa kecantikan takkan kekal selamanya untuk dibawa ke akhirat..
tapi,
keimanan yang kita akan bawa ke hari akhirat..
wassalam..

kelebihan surah al-kahfi~

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

hikayat roti jala~


assalamualaikum and greetings to all..
ntah nape aku rase cam nak citer tentang al-kisah roti jala dalam hidup aku..
since aku kecik sampai besa panjang dah pun sekarang ni, aku memang hantu roti jala..mase kecik-kecik dulu memang muke aku jela pun yang selalu kene marah ngan mak aku sebab curik-curik makan roti jala yang belum hidang kat atas meja..(^_^')
nak wat camne kan..bukak je tudung saji, nampak roti jala yang kuningnye ngalahkan warna pulut kuning..fuuuhhhh...
so,
aku pikir tak pela kot kalo aku amek dua or tiga roti jala tu..tapi, mase aku ngah sedap menyumbat roti jala kat dalam mulut, tetibe je aku rase cam de satu aura yang leh wat aku tak tido malam kat sebelah aku..
then,
elok je aku toleh tepi..mak aku dah pun cekak pinggang sambil pegang senduk kayu favourite die + muke tak puas ati + kening double jerk..
jadik,
sebagai langkah keselamatan, aku pun memulakan larian marathon keliling rumah ngan mak aku..*lol..
lastly,
aku kalah gak dalam marathon tu disebabkan mak aku wat pakatan yang tak sah ngan adik-adik aku..
then, sebagai denda..aku telah dipaksa mengikuti kursus membuat roti jala yang di'organize'kan oleh chef terulung yang amat menyayangi senduk kayu die iaitu..mak aku..(T_T)
mule-mule tu memang hancur gak la rupe roti jala aku..bak kate mak aku bile nengok roti jala aku tu dedolu, "hish, ape burok meno rope roti jale kamu ni along??..udah rope jale ikan je..tak semenggah betoi..bab melantak bukan main kamu ye..bab masak, haram..ape pun tak tahu"..(^_^')
but,
after praktis ntah berape kali..akhirnye aku dapat gak la wat roti jala tu..*(elok le sikit dari yang mule-mule)..
dan sekarang ni kalo de sesape nak makan roti jala kat dalam rumah tu,
maka,
akan terdengarlah satu jeritan yang berbunyi,..
"along...pegi buat roti jala.."
dan selalunye,
dengan langkah yang cam orang baru pas lari marathon keliling Malaysia + senyum yang dibuat-buat tapi ikhlas, aku pun menuju ke dapur yang serba indah tu..
but,
bile look back..de gak faedah aku belajar wat roti jala tu..at least, tak payah curik-curik makan roti jala + marathon keliling rumah..(^_^)
adat la kalo time mule-mule nak belajar tu roti jala dah macam jala ikan..i'm living too..
wassalam..

Saturday, January 30, 2010

jom amalkan solat dhuha~

Dari Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda;
‘Barangsiapa yang tetap duduk di tempat solatnya sesudah solat Suboh sedangkan dia tidak berkata apa2 kecuali kebaikan, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosa2nya diampunkan walaupun lebih banyak dari buih dilautan.’
(Hr Abu Daud, bab solat Dhuha, hn 1287)

Dari Hasan bin Ali ra berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; ‘Barangsiapa telah selesai mengerjakan solat Suboh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya.’
(Hr Baihaqi dlm Syu’bul Iman, iii/420)

Dari Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda;
‘Barangsiapa selesai mengerjakan solat Suboh berjemaah, lalu dia duduk sambil berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat (solat Dhuha), maka dia memperolehi pahala seperti haji & umrah.’

Anas ra melanjutkan bahawa Rasulullah saw bersabda;
‘(Haji & umrah) Yang sempurna, Yang sempurna, Yang sempurna.’
(Hr Tirmizi, katanya hadis ini hasan gharib, hn 586)

Dari Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda;
‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’
(Hr riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)

Dari Abu Hurairah ra berkata, ‘Rasulullah saw mengirim satu jemaah & dalam tempoh yang singkat mereka kembali dengan membawa ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak. Seorang lelaki berkata; ‘Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat satu jemaah pun yang kembali begitu cepat sambil membawa ghanimah yang begitu banyak selain dari jemaah ini.’ Rasulullah saw bersabda;
‘Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seorang yang memperolehi ghanimah dengan waktu yang lebih singkat? Iaitu seorang yang berwuduk dengan sempurna di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Suboh, kemudian (setelah terbit matahari) dia mengerjakan solat Dhuha. Sesungguhnya dialah orang yang lebih banyak memperolehi ghanimah dalam waktu yang lebih singkat.’
(Hr riwayat Abu Ya’la & perawinya adalah sohih, Majmul Zawaid, ii/491)

Wallahu'alam